Jumat, 16 November 2018

Penduduk gempar sejadah, telekung berdiri sendiri di Kedah

Penduduk di sekitar kawasan Jeneri di sini gempar seketika susulan kejadian kain sejadah dan telekung yang dikatakan secara tiba-tiba berdiri tegak seolah-olah seperti kedudukan orang sedang bersolat.

Kejadian itu disedari Zahrizan Ghazali, 47, seorang penduduk Kampung Tok Aris pada jam 1.45 petang semalam sewaktu dia ingin menunaikan solat Zohor bersama anak perempuannya.



Kata Zahrizan pada awalnya, dia sedang membentangkan sejadah untuk menunaikan solat dan masuk seketika ke dalam bilik untuk menyarungkan kain (telekung).

Bagaimanapun, sebaik keluar daripada bilik, dia terkejut melihat sejadah dan kain telekungnya berdiri tegak seolah-olah orang sedang bersolat.

Dia yang terkejut lalu memanggil kelima-lima anaknya bagi memaklumkan kejadian aneh itu.

Perkara itu turut di kongsi Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid yang secara kebetulan berada di kampung terbabit dalam rutin mingguan beliau menziarahi rakyat.

Katanya kejadian itu perlu dijadikan iktibar.

"Saya menyifatkan kejadian ni sebagai satu yang perlu diambil iktibar dan yang pentingnya kita yakin bahawa setiap kejadian tu ada hikmah.

"Kita sebagai orang Islam percaya bahawa Allah boleh menunjukkan apa juga kebesaran. Cuma elakkanlah kita percaya kepada benda-benda khurafat," kata Mahadzir.

Sebelum ini beberapa kejadian sejadah berdiri pernah dilaporkan berlaku di Terengganu, Kedah dan Johor turut mengemparkan penduduk setempat.

Kemaluan suami digunting isteri ketika mabuk

FILIPINA . Dek kerana tidak tahan dengan sikap suami kaki perempuan, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya dengan gunting.

Mark Betita,33, sedang tidur di kediamannya di bandar Carles di sini ketika isterinya Leizel memotong kemaluannya menggunakan gunting 22 April lalu

Leisel kini ditahan di balai polis di bandar Carles sementara menunggu penyelesaian kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan suaminya.



"Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan. Saya bersedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini,"

Pegawai polis Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan menunjukkan Liezel bersama-sama dengan suaminya yang juga penyelia pembinaan minum pada malam kejadian.

"Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik tidur. Tidak berapa lama kemudian, mangsa keluar dalam keadaan berlumuran darah.

"Isteri mangsa didakwa memotong kemaluan suaminya," kata Bataga.

Mangsa dibawa ke hospital namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya.

Leizel menjelaskan dia hanya mahu memberi pengajaran kepadanya.

"Saya bosan dengan sikapnya yang kaki perempuan. Dia mempunyai teman wanita baharu baru -baru ini," kata Liezel.

Liezel mendakwa kekasih baru suaminya itu adalah isteri kepada rakan sekerja lelaki itu namun Mark menafikan dakwaan isterinya dan bertekad memfailkan kes terhadap wanita itu.

Punca Perodua Alza terbabas masuk restoran nasi kandar

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu seorang lelaki terbabas ke dalam restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa di Jalan Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang, malam ini.



Dalam kejadian 11 malam itu, pemandu berusia 26 tahun terbabit dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal sebelum hilang kawalan lalu masuk ke dalam restoran terbabit.

Menurut sumber, ketika itu ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi dan MPV terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian depan. Pemandu terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Satu rumah bau bangkai, rupanya berpunca dari 'batu' resdung dalam hidung

Saya dah kena selesema selama tiga bulan. Itu petanda awal yang saya dapat. Dua minggu sebelum bersalin ketika berada di pejabat, sewaktu saya menghembus hingus, terasa ada seketul objek seakan batu keras terjatuh dari mata ke lubang hidung.

Sehari sebelum batu itu terjatuh, suami saya tak boleh tidur sebab satu rumah berbau macam bangkai ikan masin. Ikan masin kan busuk semacam. Inikan pula ikan masin yang dia biarkan bertahun-tahun. Ala-ala busuk masam gitu.



Saya terus pergi ke Hospital Selayang, terus dirujuk ke bahagian kecemasan. Doktor periksa, tak boleh tarik. Jadi doktor pakar terus buat pembedahan kecil. Saya terpaksa dibedah tanpa dibius. Serius sangat sakit sebab ibu mengandung tak boleh disuntik dengan morfin, bimbang akan mendatangkan kesan pada bayi dalam kandungan.

Sudahlah dibedah hidup-hidup. Orang keliling dengar saja saya menjerit-jerit. Sampai terkucil saya dibuatnya semasa dia seluk batang besi kamera kecik itu ke bawah hidung sampai tekak.

Memang darah terpercik apabila doktor pakar tarik batu itu keluar dari hidung. Memang pedih, sakit, ditambah pula hidung saya discoop dengan batang besi yang panjang.

Selepas itu, saya terus ditahan di wad sehari dan dipantau 24 jam kerana hidung berdarah tanpa henti. Dengan pakaian, spender apa semua pun tak bawa. Kereta yang saya letak di tepi jalan pun kena saman. Dan masa itulah suami berpeluang tidur lena di rumah. Dia kata bau bangkai dah tak ada, Selepas sembuh, seminggu itu juga saya dibahan oleh suami sebab saya bau bangkai. Hahaha!

Keesokan harinya discharge dan bayar RM5 saja. Sekarang dah tak ada selesema lagi. Hidung saya bebas dari sinus, selesema dan pendarahan 100%.

Semasa saya taip ini pun masih terasa sakitnya. Tetapi serius cakap selepas menjalani pembedahan kecil itu, hidung saya dah pulih dan terasa lapang sangat sampai rasa macam,

"Wauuu! Macam ini ke orang lain bernafas secara normal?!"

Memang nak sujud syukurlah pada masa itu.

Selepas sehari disimpan, dia menjadi keras seperti konkrit. Sampaikan doktor nak buat eksperimen. Dia ambil batu besar, ketuk batu ini. Bila pecah, guess what? Bau dia macam bangkai. Serius satu wad boleh bau, pengsan nurse. Hahaha! Kalau korang nampak bahagian atas itu ada bulat kecil, itu tengah nak membesar, ibarat fungus.

TANDA-TANDA SINUS/RESDUNG:
Kerap selesema
Bersin
Batuk
Hidung berair
Mata berair
Kerap gagal hidung
Gatal seluruh muka
Kurang penderangan
Kurang deria bau
Kurang deria rasa
Bau busuk di mulut atau hidung sendiri
Hidung berdarah

PUNCA
Sinus atau resdung berpunca dari apa yang kita hidu, pemakanan dan cara mencuci hidung. Pemakanan 90% mempengaruhi kita. Contohnya, kalau ada resdung tak boleh makan benda terlalu panas atau terlalu sejuk. Jadi kena makan makanan biasa-biasa sahaja. Tak boleh makan benda berlada atau pedas, elakkan makanan yang gatal. Itu asasnya.

Selain itu persekitaran. Jangan hidu asap terlalu banyak. Pakai topeng pernafasan semasa menunggang motosikal. Elak berada di tempat berdebu dan yang paling penting untuk lelaki, jangan cabut bulu hidung kecuali bulu itu dah terkeluar dari lubang. Ini bukan lucah, sebab bulu hidung andalah pintu untuk lubang hidung anda.

Bagi mereka yang mengalami masalah resdung, mereka mungkin tidak akan perasan bau busuk di dalam hidung sendiri sebab ia sudah sebati.

Deria rasa juga akan hilang atau berkurangan. Makanan yang masin pun saya tetap tak rasa masin. Sampai satu tahap bila saya masak, suami muntah sebab lauk terlampau masin macam air laut. Itu perkara biasa bila sinus.

Kerap bersin, itu tanda nak ke sinus. Tapi tak tentu sama ada sudah teruk atau belum. Kadang-kadang resung ini tak semua orang sama. Ada yang ada batu seperti saya, ada yang hanya berdarah hidung, ada yang gatal-gatal atau hidung berair sahaja.

Bangla cabul budak perempuan!! Bangla ni memang mintak kaki!!!

Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kan seorang lelaki warga negara asing di percayai berasal dari Bangladesh telah mencabul budak perempuan Melayu dalam lift ketika berseorangan.



Laporan polis telah di buat oleh mangsa cabul. Itu baru cabul, tak kan kita nak tunggu sampai ada kes rogol baru kita nak ambil tindakan. Mohon pihak yang sepatutnya supaya ambil berat kes lambakkan warga asing di Malaysia. Sejak ke belakangan ini, banyak kes-kes jenayah yang melibat kan warga asing.

Rasulullah (S.A.W) pesan jangan kahwini 6 jenis wanita ini. No. 4 dan 5 paling ramai sekarang!! Tolong share

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki -  Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah.



1.Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga.

Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.

Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.

Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah
Ada 2 makna:

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa.

Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Kisah Seorang Lelaki Yang Menyesal Selepas Berkahwin

Pucat muka Nepal ni kena marah dengan driver Grab



dikongsikan oleh seorang pemandu Grab dari Penang yang berjumpa dengan pengguna Grab berasal dari Nepal. Lelaki Nepal ini request untuk dapatkan khidmat Grab tetapi bila tiba di tempat pick up iaitu Relau, lelaki Nepal ini bercakap dalam Bahasa Nepal buat-buat tak faham.

Perkara ini menyukarkan pemandu Grab kerana selagi pengguna itu tidak CANCEL permintaan Grab tersebut selagi itu pemandu tidak boleh terima job Grab yang baru.

Lelaki Nepal ini memang tak bertanggungjawab, dia ingat aplikasi Grab ni main-main kot? Orang nak cari rezeki untuk bagi makan anak bini.